Kuantan Photographer | Jurufoto Kuantan

By: Gezzeg Photography Design

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-Sep-2008 02:51 Email | Share | | Bookmark

Gezzeg Wedding Photography
My Friend, Fardy & Isteri...


Puasa-puasa gak, kerja terus!
























*preview photo RajaLanun


Sunday, 31-Aug-2008 21:14 Email | Share | | Bookmark
Gezzeg Photography & Design Latest News

Gezzeg Photography & Design
Salam Ramadhan Al-Mubaraq 1429H/2008M!


Quote:
Salam & Selamat Sejahtera,
Kini tiba bulan segala rahmat yang ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan ini mewajibkan seluruh umat islam berpuasa selama sebulan penuh dan menggalakkan melakukan amal kebajikan sebanyak mungkin. Antara impak baik daripada aktiviti dalam bulan Ramadhan ini adalah dari sudut kekeluargaan dan sillaturrahim sesama muslim.

Jika kita lihat dalam bulan Ramadhan ini kita dapat melakukan sesuatu yang seringkali kita terlepas pandang disebabkan kesibukan tugas harian. Dari mula bersahur bersama, baik kepada yang sudah berkeluarga sendiri mahupun yang masih bujang bersama rakan-rakan, bersahur adalah sesuatu amalan sunat yang amat digalakkan dan besar ganjarannya. Ia bukan sahaja merupakan persiapan kita untuk menahan lapar dahaga pada esok hari, malah mengajar kita disiplin bangun awal.

Kemudian diikuti amalan sunat tadarus alquran yang seringkali juga dilaksanakan dalam kumpulan. Teringat saya ketika mengajar disebuah kolej, kami diberikan kumpulan tadarus masing-masing yang terdiri daripada campuran pensyarah dan pelajar, kami juga diberikan suatu slot masa selepas zohor setiap hari isnin dan jumaat bagi sesi tadarus ini beserta sekuumpulan juzuk Al-Quran untuk dibaca oleh setiap kumpulan. Amalan ini tidak hanya mengeratkan sillaturrahim, malah memberi peluang kita untuk khatam Al-Quran bersama-sama dan memperbaiki bacaan Al-Quran kita yang dibantu oleh mereka-mereka yang lebih arif. Percaya atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang mudah, memerlukan disiplin yang tinggi walaupun untuk tempoh 15minit sahaja.

Semakin lewat petang, semakin kemeriahan bulan Ramadhan ini dirasai kerana semakin hampir tempoh berbuka puasa. Disana-sini terdapat Bazar Ramadhan yang memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki bersama. Pelbagai pilihan aneka juadah berbuka puasa dijual dibazar-bazar ini. Tetapi berbelanjalah dengan hemat kerana waktu ini nafsu makan itu hebat sekali hehehe. Para ibu pula sibuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak-anak yang kembali dari perantauan semata-mata untuk bersama keluarga. Teringat cerita salah seorang makcik saya, betapa sayang dan rindunya arwah nenda saya kepada anak-anaknya. Setiap seorang ada satu kuih kegemaran masing-masing, beliau pasti akan sediakan kuih-kuih kegemaran mereka setiap kali mereka pulang berbuka puasa bersama-sama. Adik beradik ayah saya ada sebelas orang, cuba bayangkan? Alfatihah kepada beliau.

Sehinggalah selepas berbuka puasa bersama, tiba pula waktu solat tarawikh. Ibadah sunat ini juga memberi warna dalam kehidupan seorang muslim dibulan Ramadhan. Pada malam hari dibulan Ramadhan ini seluruh masjid-masjid dipenuhi umat islam yang beramai-ramai tanpa had umur untuk bersama-sama mengerjakan ibadah tarawikh. Walaupun masjid-masjid menjadi hingar-bingar disebabkan ramainya adik-adik kecil yang dibawa oleh keluarga masing-masing, sedikit-sebanyak menjadikan hidupnya suasana malam dibulan Ramadhan. Dengan bertarawikh.bukan sahaja memberi kesan kepada amal kebajikan, malah memberi berkesempatan secara tidak langsung yang tidak dirancang bertemu dengan jiran-jiran jauh dekat, sahabat-sahabat lama yang pulang untuk bersama keluarga.

Nah, itulah sedikit pandangan saya berkaitan rahmat, nikmat dan hikmah bulan Ramadhan Al-Mubaraq. Itupun sedikit dari sudut kekeluargaan dan sillaturrahim, belum dari sudut keagamaan, kesihatan, disiplin dan lain-lain yang diperkatakan oleh mereka yang lebih arif. Memang kompem lagi banyak info!

Ramadhan & Jurufoto

Bagi kami yang bergelar jurufoto sepenuh masa, bulan Ramadhan merupakan merupakan satu rahmat juga. Walaupun dalam bulan ini, kami pastinya kehilangan satu punca rezeki kami iaitu fotografi perkahwinan, namun bagi kami, ia tetap satu rahmat. Bagi kami Ramadhan merupakan suatu tempoh "neutralize" dari segi masa. Maksud kami, inilah peluang kami untuk persiapkan pelbagai kerja-kerja kami yang tertunggak. Ia sepertu suatu bulan akhir tahun dan bersedia untuk tahun hadapan. Dalam tempoh juga inilah kami berpeluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga seperti yang diceritakan tadi. Oleh itu kepada semua marilah kita sama-sama grab peluang yang ada dalam bulan Ramadhan ini untuk menjadikan kehidupan lebih baik.

Selamat Berpuasa!

RajaLanun
(e) rajalanun[ALIAS]gezzeg.com
(fp) http://rajalanun.fotopages.com
(H) 0199982092/0129082320


Dapatkan Jadual Imsak & Berbuka JAKIM Tahun 1429H/2008M

//--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gezzeg Kids Photography
ATRISYA ZUYYIN BT ZAMIR KHAN : 6 Moth!!!


Sedikit update daripada LittleMulan! Visit her at http://littlemulan.fotopages.com.







Thursday, 28-Aug-2008 09:47 Email | Share | | Bookmark

Gezzeg Convocation Photography
CONVOCATION CEREMONY OF SHAHPUTRA COLLEGE - PART ONE

BACHELOR OF COMMERCE,
FLINDERS UNIVERSITY, ADELAIDE AUSTRALIA

Last week we have been appointed by Shahputra College to be their official photographer for their college convocation. It was two convocation, diffrent convo with diffrent places. Jadi runner jap. Although we actually already overload this month with other task, we are so excited to denied the opportunity. The convocation held at Hyatt Regency Kuantan and Shahputra Auditorium. Alhamdulillah, this is our second convocation event this year, but we not take it for granted, because we know that in large scale event like this, any "spoil" can ruin all the plan! Serious a bit headache to coordinate two convocation within two days, but after all, best bangat sih! Lega abes!!!!!!!!!!! Wonder how to manage university convocation, lagi besar lagi parah rasanya...

So we would like to wish some appreciation to all photographer that participate in the team. A big thanks to all gezzeg photographer, RajaLanun, Crysis, PelukisGila, HantuGambar, Arif, KingFard and also support photographer, Sani, Uda and Tom for the great commitment along the event. You all rocks!

Also thank you to all SHAHPUTRA convocation team, for your warm and superb cooperation. Thanks again for the opportunity. Hope to meet you all again next time.

To all graduate student, congratulation for your graduation and welcome to the real world! Wait for your photo k! Huhuhu....

Some candid shot by us for the first day... second day will update later. Tq!













































more update from http://pelukisgila.fotopages.com
haaa mana lagi suku sakat lain nyer candid niiii... aiyooo!







ni dipanggil gambo iklan. call us now!





Monday, 25-Aug-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark

Gezzeg Events Photography
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat PSDC 2008


Tak sedar kita dibulan merdeka. Kenapa tak sedar? Tapi memang agak hambar kan? Anyway, Selamat Menyambut Kemerdekaan pada semua! Teruskan perjuangan!



















Lu mau tak mau? Kasi angkat la. Mulah saja. Kingfard mmg brutal!









*All preview photo & editing by
RajaLanun
(e) rajalanun[ALIAS]gezzeg.com
(fp) http://rajalanun.fotopages.com
(H) 0199982092/0129082320


Saturday, 23-Aug-2008 21:11 Email | Share | | Bookmark

Gezzeg Wedding Photography
Yusof Ariff & Ana, The Reception


Sesekali kembali menggunakan senjata lama ni best juga. My dearest d70s yang banyak berjasa to me, to my x-student crysis and littlemulan dan pastinya berpeluh jugak!!! huhuh... Ramai suh jual, tapi sayang ler...



















"Lu mau tak mau? Lu kasi angkat la satu...heheh KingFard mmg brutal!"








































*All preview photo & editing by
RajaLanun
(e) rajalanun[ALIAS]gezzeg.com
(fp) http://rajalanun.fotopages.com
(H) 0199982092/0129082320



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net